Terbaca daripada sebuah blog dari penulis tegar mengenai anak..aku pinjam & kongsi skit kat sini apa yang dibincangkannya..katanya..:
Biasanya bila dikatakan ujian, kita selalu kaitkan dengan perkara2 yang susah, contohnya:
- anak2 adalah ujian untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, yang mana bila dah ada anak, susah sikit nak on time tunaikan solat, mengaji, etc.
- dikurniakan anak cacat, anak sakit, etc. adalah ujian untuk menduga ibu bapa.
- anak2 yang tidak se’cerdas’ dan se’cergas’ rakan2 sebaya adalah ujian.
- kehilangan anak adalah ujian.

Haris@ Hospital Pantai Cheras..kena virus fever jangkitan sms tggl di nurseri..aku baru stat keja after cuti bslin xsmpi 3minggu ms ni (julai 2009)
Katanya lagi…
Namun kita jarang nampak ujian yang datang dalam bentuk kesenangan. Contohnya:
- Anak kita pandai berbanding rakan sebayanya — adakah kita terhalang dari bersifat bangga diri, ujub dan sebagainya?
- Anak kita lebih cepat mencapai sesuatu perkembangan dari bayi sebayanya — adakah boleh untuk kita tak merasa “Wah hebatnya anak aku! Akupun hebat jugaklah!”
- Anak kita kurang “agresif” berbanding budak2 lain — adakah ia boleh menjadikan kita tidak berasa “Anak aku lah yang terbaik, dan akulah ibu bapa terbaik” sambil kembang hidung.
Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)
Susah mahupun senang, semuanya adalah ujian. Kerana apabila Allah mengasihi seseorang, diuji dengan kesenangan supaya kita bersyukur dan diuji dengan kesusahan supaya kita bersabar.
****Entry ni aku saja kongsi untuk sama2 aku,Pak Tuan & sesiapa yang membaca sedar.. kita perlu syukur dengan nikmat yang kita dapat.. allah tu tau terbaik untuk hamba-nya.Moga aku & Pak Tuan sabar setiap kali di uji Allah dalam kehidupan rumahtangga kami..sama ada ujian anak,duit,hubungan atau apa saja & tak lalai dengan tiap kesenangan & nikmat hidup serta rezeki yang allah turunkan kepada kami sekeluarga.AMIN.





