Tag-Archive for ◊ kotor ◊

Author:
• Sunday, July 31st, 2011

Nasib ada superhero selamatkan aku & Haris yang histeria dik kerana benda sekor ni..adoiii geli mak tau nak cerita nyah..tp mak cerita jugaklah erkkk..huhu..

port baru dia..adoiii pasal kau pilih bilik tidoq aku awang oiiii..adoiiiyai

superhero ku...erm..gagah taw..

Haaaa.. tu dia.. hangpa nampak tak benda apa tuh.. adoiiii.. aku memang tak tahan la ngan bende sekor ni.. aritu  dok kat dapuq..kat raga aku simpan kain2 buruk.. maybe dia masok ikot pintu dapuq..then sampai satu tahap halau banyak kali pun..ada lagi..siap dok dalam plastik giant yang aku baru pas sooping.Belum sempat susun barang.. katak ni masok dulu buat tempat tidoq dia..sekali aku nak amik refill febrez baru beli.. adoiiii bole plak dia duduk sebelah pack febrez ni..mau histeria aku siang2 hari.. dah buang mai balik..berkali2..kali ni dia main kasaq plak..siap masok bilik tidoq aku..kali pertama aku jumpak kat tempat sidai towel.. terbaru jumpak kat side table katil plak..adoiii..mula la aku rasa tak selamat dok dalam bilik tu.. yang Pak Tuan bole plak kata..katak ni jaga umah kita masa kita takda..amende lah..geli aku la.. Pak Tuan ni aku pun tak paham..siap sembang ngan katak tu masa halau..panggil boy lah..awang lah..adoii.. bila aku takut terjerit2 geli.. dia kata aku..padahai dia lagi teruk.. lipas yang kecik ketot tu yang dia takottt.. adoiii.. hahahha..watever la..yang penting..nasib ada superhero tolong selamatkan aku & Haris yang ketakutan.. ohh my superhero..thank you darling.. well u nak kostum khas ke..i buat kan..yang seksi gitu…ahaks..

***rahsia nie..Pak Tuan aku kan..pi dapuq nak buat susu untuk Haris..belum sempat masok dapuq dia nampak lipas.. bole dia tak jadi buat susu Haris & suruh aku yang buatkan..wakaka.opss jangan citer dia tau..hukhuk..***

Author:
• Tuesday, June 28th, 2011

Terbaca daripada sebuah blog dari penulis tegar mengenai anak..aku pinjam & kongsi skit kat sini apa yang dibincangkannya..katanya..:

Biasanya bila dikatakan ujian, kita selalu kaitkan dengan perkara2 yang susah, contohnya:

- anak2 adalah ujian untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, yang mana bila dah ada anak, susah sikit nak on time tunaikan solat, mengaji, etc.
- dikurniakan anak cacat, anak sakit, etc. adalah ujian untuk menduga ibu bapa.
- anak2 yang tidak se’cerdas’ dan se’cergas’ rakan2 sebaya adalah ujian.
- kehilangan anak adalah ujian.

Haris kena campak (jun 2011)

 

Haris@ Hospital Pantai Cheras..kena virus fever jangkitan sms tggl di nurseri..aku baru stat keja after cuti bslin xsmpi 3minggu ms ni (julai 2009)

 

Haris umur 2 bulan lebih @Hospital Pantai Cheras (Julai 2009)

 

Demam panas & tonsil bengkak @demc s.alam (nov 2010)

 

Katanya lagi…

Namun kita jarang nampak ujian yang datang dalam bentuk kesenangan. Contohnya:

- Anak kita pandai berbanding rakan sebayanya — adakah kita terhalang dari bersifat bangga diri, ujub dan sebagainya?
- Anak kita lebih cepat mencapai sesuatu perkembangan dari bayi sebayanya — adakah boleh untuk kita tak merasa “Wah hebatnya anak aku! Akupun hebat jugaklah!”
- Anak kita kurang “agresif” berbanding budak2 lain — adakah ia boleh menjadikan kita tidak berasa “Anak aku lah yang terbaik, dan akulah ibu bapa terbaik” sambil kembang hidung.

Haris yang hepi & berselera untuk makan ms nie..alhamdulillah..

 

Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)

Susah mahupun senang, semuanya adalah ujian. Kerana apabila Allah mengasihi seseorang, diuji dengan kesenangan supaya kita bersyukur dan diuji dengan kesusahan supaya kita bersabar.

 

****Entry ni aku saja kongsi untuk sama2 aku,Pak Tuan & sesiapa yang membaca sedar.. kita perlu syukur dengan nikmat yang kita dapat.. allah tu tau terbaik untuk hamba-nya.Moga aku & Pak Tuan sabar setiap kali di uji Allah dalam kehidupan rumahtangga kami..sama ada ujian anak,duit,hubungan atau apa saja & tak lalai dengan tiap kesenangan & nikmat hidup serta rezeki yang allah turunkan kepada kami sekeluarga.AMIN.